it's me azni

it's me azni

Thursday, 16 August 2012

Sahabat

Sahabat bukan 1 tapi berjuta, bukan untuk diguna tapi untuk dijaga, bukan untuk dimusuhi tapi untuk disayangi, bukan untuk sementara tapi untuk selamanya, bukan untuk dilupa tapi untuk diingati, bukan untuk ditinggal tapi untuk dirindui, bukan hanya disini tapi di mana2, bukan stakat ini tetapi untuk selamanya.

p/s : Jika semalam aku adalh sahabatmu, hari ini aku masih lagi sahabatmu & jgn risau mengenai hari esok kerana aku akan sentiasa menjadi sahabatmu dunia dan akhirat. InsyaAllah :)





Ramadhan, Cuti dan Raya

Alhamdulillah, msh lagi d beri peluang untuk bernafas di muka bumi Allah dan meluangkan masa meng'update' blog yang dah berdebu nie :) Hehehe..

Alhamdulillah jg masih diberi peluang untuk melipat gandakan ibadah di bulan mulia nie, skrg kita berada di penghujung bulan ramadhan. Sedih, gembira, semua ada. Sedih sebab ramadhan akan meninggalkan kita 2 3  hari lagi. Sedih sebab takut ini adalah ramadhan terakhir buat dr ini. Sedih sbb raya tahun nie x balik kampung. Gembira sebab xlama lagi nak raya dan merupakan kemenangan buat semua umat islam. Gembira sebab dapat cuti raya, walaupun hanya seminggu. Gembira sbb time nie dpt berkumpul ramai2.

Semalam, subjek DPK adalah subjek terakhir sblm semua student cuti raya. Dan sebelum kami semua balit. Ustaz pesan sesuatu, kita mesti buat pecutan terakhir pada masa/ detik2 terakhir :)

Semua terdiam dan berfikir, dlm hati mesti dok ingt ustaz nie srh blajar last minute ker ? Hahah, ustaz tue tue pun mcm phm jer apa yg student die dok pkir dlm kpla otak. Dia pun ckp, saya tak suruh kamu blajar last minute yer :p Tapi sya nak awak contohi pelari terpantas time sukan olimpik baru2 nie, dia berlari dan terus berlari tetapi pada semakin hampir dengan garisan penamat die tlh membuat pecutan terakhirnya. 

Mesti korang tgh dok pikir, apa kaitannya ?? Macam nie, cerita ustaz tue adalah satu pesanan/nasihat buat kami semua supaya pada detik2 terakhir ramadhan nie laa kita kena buat pecutan teakhir. Melipat gandakan amalan dan ibadah pd bulan Ramadhan dan mengejar malam lailatu qadar, subhanaAllah. Simple jer sebenarnya cth pesanan yg ustaz tue cuba nak sampaikan kat kami semua tp memberi impak yg mendalam. InsyaAllah :)

Moga segala amalan kita semua pada bulan yg mulia ini di terima oleh Allah S.W.T, Aminn ya rabb. 

P/s : Mohon Maaf dr hujung rambut hgga hujung kami, maafkan dr ini andai pernah terksr bhs, terlebih gurau hingga menyinggung perasaan, terlebih menyakat, terpukul, termarah. Halalkan segala mknn dan minuman sy, halalkan segala ilmu yg tlh diberikan kps sy walaupun satu perkataan, halalkan segala2nya. Maafkan sy kerana sy telah pun memaafkan kesalahn2 kalian.